
JOHOR BAHRU, SUPERSEMAR NEWS. satu klip video yang memaparkan aksi dua orang kanak-kanak mengenakan ‘kostum’ pakaian yang sama seperti watak Upin dan Ipin.24/08/2024
Menariknya, penampilan kedua-dua kanak-kanak tersebut benar-benar menyerupai watak dalam siri animasi tersebut. Watak Upin digambarkan dengan baju berwarna kuning yang tertera huruf ‘U’ di bahagian hadapan bajunya, serta sehelai rambut di belakang kepala.

Bagi watak Ipin pula, kanak-kanak tersebut mengenakan baju berwarna biru dengan huruf ‘i’ di hadapan bajunya, dan kedua-duanya berkepala botak, persis seperti dalam animasi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kedua-dua watak kartun kegemaran kanak-kanak itu di alam nyata, malah ada yang menganggap bahawa Upin dan Ipin benar-benar wujud di dunia sebenar.

Ada sungguh deh,” tulis Darus Muhammad.
“Bila mereka wujud di alam nyata, jadi menakutkan pula,” kata An Pi An.
Seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Lili Malina II turut meninggalkan komen, “Wow, mereka berdua baru keluar dari TV (televisyen).”
Sumber: sarangburung.net
Editor//Jokosw
